Promosi Shaklee Julai 2015

Assalamualaikum semua.Alhamdulillah kita kini telah pun menjengah ke bulan Julai

Syukur masih diberi peluang untuk bernafas di bulan yang baru ini.

Dan macam biasa,setiap bulan pasti ada promosi hebat dari Shaklee dan bulan ini ada promosi VIVIX , BCOMPLEX dan VITALEA FOR CHILDREN !

 

Promosi Julai 2015

Promosi Julai 2015

Secara ringkas Eyda terangkan serba sedikit tentang kebaikan-kebaikan setiap vitamin.

1) Vivix Shaklee

Memperbaiki DNA.
• Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel.
• Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.
Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

2) B-Complex Shaklee

• Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
• Mengelakkan penyakit beri-beri.
• Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
• Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
• Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
• Mencegah stress.
• Menguatkan antibodi tubuh.
• Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
• Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
• Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
• Mencegah anemia.

3) Vitalea For Children

1. Mengandungi

• 18 jenis vitamin dan mineral perlu.
• 100% vitamin A, C, D dan E serta kesemua 8 vitamin B.
• Kalsium, magnesium, zinc, copper dan pelbagai mineral lain.

2. Formula yang diperbaharui berbanding yang lama.

3. Menggunakan pemanis semulajadi xylitol yang tidak akan menyebabkan kerosakan gigi.

4. Tidak mengandungi perasa, pemanis dan pengawet tiruan.

5. Bebas gluten, datang dalam perisa anggur yang sangat sedap, anak-anak pasti sukakannya!

6. Multivitamin kanak-kanak terbaik dipasaran, jumlah nutrient lengkap dan memenuhi keperluan tumbesaran anak-anak, penyerapan mudah dan pantas.

7. Sangat sesuai diambil kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun terutama yang tidak suke makan sayur.

Sekiranya anda berminat nak mencuba Shaklee boleh hubungi Eyda di 01112909545.

Puasa Boleh Kuruskan Badanke?

Assalamualaikum..Biasakan kita dengar orang cakap, kalau nak kurus, kena dietlah, kena sekat selera makan macam-macamlah,betul tak?

Tapi sebenarnya, kalau nak kurus, diet adalah BIG NO NO.Maksudnya kena makan juga ! Tapi with right portionlah of course.Bukan main bedal aje kan 😛
Kenapa Bila Nak Kurus Tak Digalakkan Diet?

Bila kita tak makan, badan kita terima signal seolah-olah kita sedang berada dalam zaman darurat.

Zaman darurat yang tiada makanan.

Jadi badan akan simpan lemak.

Lemak adalah penting untuk survival tubuh dan berfungsi untuk memanaskan tubuh jika tubuh kesejukan.

Jadi bila kita menahan diri dari makan, berat yang hilang adalah berat air dalam tubuh.

Memang berat akan turun, tapi selepas itu, berat akan naik semula.Dan akan cepat naik !
Lagi sedih kalau berat naik semula selepas makan macam yo-yo.
Apa Nak Buat?

Habis tu kena makan selalu ke?

Ya, memang kena makan selalu dan kerap TAPI

Makan makanan yang TINGGI PROTEIN DAN SERAT

 

Sumber Google

Sumber Google

Set Kurus Shaklee sangat sesuai untuk orang yang ingin kurus tanpa perlu diet dan bersenam sakan.

Elakkan makanan karbohidrat

Kalau boleh, nasi putih yang biasa makan tu, gantikan dengan nasi perang

Atau kalau rasa nasi perang mahal sangat, sehari boleh makan segenggam saja nasi putih dan banyak-banyak lauk seperti sayur (serat) dan dada ayam atau ikan (protein).

Promosi Yes Pack - Healthy Fitness (Set Kurus Shaklee)

Promosi Yes Pack – Healthy Fitness (Set Kurus Shaklee)

Cadangan Cara Pengambilan Set Kurus Shaklee di Bulan Puasa.

Bersahur :

2 Sudu ESP semasa sahur, bancuh dengan apa-apa air atau jus sama ada sejuk atau suam. Asalkan bukan panas mendidih

1 scoop Cinch semasa sahur, bagus bancuh bersama fresh milk atau soya

Berbuka:

3 biji Alfalfa selepas berbuka dan moreh (makan selepas tarawih)

2- 3 biji Lecithin selepas berbuka

2 biji Herblax selepas berbuka (hanya pada hari minggu)

2-3 biji Omega Guard selepas berbuka

1 sachet Cinch Tea bancuh dengan air panas mendidih- memang superb sgt kalau ambil lepas berbuka sebab Cinch Tea ni pembekal tenaga Instant. Mata kuyu boleh terus membulat segar!

Tips dan konsultasi serta nasihat tentang cara kurus secara lebih details hanya eksklusif untuk anda yang buat belian Set Kurus Shaklee dari Eyda ya.

Untuk yang berminat nak mencuba Set Kurus Shaklee dan tampak langsing serta cantik di Hari Raya nanti, boleh hubungi Eyda di 0111 290 9545 :)

Boleh juga follow Eyda di Instagram @setkurusbyeyda :)

Jom kita cantik,gebu dan langsing menjelang hari rayaaaaa

Promosi Hebat Vivix Shaklee

wpid-img_20150621_204838.jpg

Sehingga bulan October 2015 sempena Shaklee launch program YES, so Vivix ni pon promo jugak bila beli 2botol. Jom baca details pasal vivix.

[Kebaikan Vivix Shaklee]

✔Anti aging yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
✔Membantu mengelakkan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius kerana vivix tinggi antioksidan
✔Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
✔Mengurangkan komplikasi diabetes / kencing manis
✔Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
✔Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk – merawat azhameir
✔Membantu merawat penyakit parkinson
✔Membantu memulihkan penyakit strok – angin ahmar
✔Meningkatkan kesihatan imum badan
✔Menggalakkan kesihatan keseluruhan
✔Tingkatkan kesihatan pesakit SLE
✔Membantu meningkatkan kesihatan warga emas
✔Membantu merendahkan tekanan darah tinggi
✔ Terbukti dan disokong oleh kajian klinikal memperbaiki sel DNA yg rosak seterusnya melambatkan penuaan, mengecilkan pori dan mencantikkan kulit.

Dapatkan penjimatan berganda dgn pembelian 2 botol vivix:
☆diskaun 5%
☆keahlian percuma
☆percuma multivitamin(vitalea)
☆cash bonus
☆berpeluang jana income dgn shaklee
☆berpeluang join group jutawan shaklee

Haa, bestkan Vivix ni. Cecepat wasap untuk order ya.

Whatsapp/Call/Sms For more info
Eyda Sukiman
IG : @setkurusbyeyda
01112909545

Vita C Shaklee Rahsia Kulit Cantik dan Mulus tanpa Jerawat

Assalamualaikum.Selamat Pagi semua .Apa khabar para readers semua?

Harini Eyda nak cerita mengenai Manfaat & Kelebihan serta mengapa kita memerlukan Vita C sebagai sumber harian badan kita.

 

Kulit Cantik & Berseri dengan Vita C

Kulit Cantik & Berseri dengan Vita C

 

MANFAAT UTAMAN VITAMIN C

• Membentuk Collagen

√ Dengan kehadiran Vitamin C, ia merangsang pembentukan kolagen.

√ Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ia mampu mengurangkan kedut dan menghalang otot  dari menjadi lembik

 

• Memperbaiki Simptom Pendarahan

√ Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

√ Kerana sifatnya inilah, ia sangat sesuai digunakan dalam Set Berpantang.

 

• Meningkatkan Imun Sistem

√ Dengan kehadiran Vitamin C, ia membantu pembinaan sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan daya tahan terhadap allergy hidung dan kulit, asthma.

√ Ia juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan symptom flu dan selesema.

 

• Membantu Memerangi kanser

√ Ia mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang bahan kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

 

• Mencantikkan Kulit

√ Pengambilan Vitamin C setiap haridapat membantu mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

 

• Memperbaiki Insomnia

√ Ia memperbaiki insomnia, serta masalah yang berkaitan dengan mental seperti stress dan keresahan.

 

• Mengekalkan Kolesterol Sihat

√ Ia mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

 

Kadang-kadang kita fikir, cukuplah sekadar kita mengambil buah-buahan segar, tak perlu lagi mengambil Supplement Vitamin C lagi,kan?.Tetapi adakah itu sudah memadai untuk bekalan Vitamin C dalam badan kita seharian? Haa cuba fikir .

 

Sumber Vitamin C

Sumber Vitamin C

 

Adakah Vitamin C dari dalam buah sudah mencukupi untuk tubuh badan kita?

Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg Vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan Vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu masak ranum.

Jadi, buah yang kurang ranum mengandungi kandungan Vitamin C yang sedikit. Kandungan Vitamin C buah pula akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan termusnah apabila terdedah kepada kepanasan.

 

Vitamin C Dalam Badan Akan Musnah Apabila :

 

√ Seseorang itu merokok. Sebatang rokok mampu melupuskan 50-100mg Vitamin C.

√ Kita resah sebab keresahan mempercepatkan penyusutan Vitamin C.

√ Kita mengambil pil perancang dan pil penahan sakit. Ini akan mengurangkan Vitamin C dengan begitu banyak sekali.

 

Pengambilan Vitamin C yang terlebih dos pula (melebihi 12 kapsul) akan menyebabkan cirit-birit.

 

Keistimewaan Vita C Shaklee (Sustained Released) :

 

Vita C Shaklee

Vita C Shaklee

 

Sustained Release Vitamin C dari Shaklee ini dirumus khas untuk menjadikannya istimewa berbanding Vitamin C yang lain.

 

• Sebiji Tablet Sustained Release Vitamin C ini bersamaan dengan 7 1/2 biji buah oren

• Ia juga mengandungi bioflavonoid yang membantu penyerapan vitamin C sepenuhnya ke dalam badan dan memelihara Vitamin C dari teroksida.

• Ia adalah NATURAL, TIADA PERASA dan PENGAWET TIRUAN

• Ia bersifat sustained release iaitu ia akan melepaskan 100mg Vitamin C ke dalam badan kita setiap jam, selama 5 jam tanpa henti.Maka tiadalah pembaziran lebihan Vita C yang mana biasanya berakhir di urin kita .Itulah istimewanya Vita C Shaklee ini.100% diserap dalam tubuh badan kita.

Sekiranya anda nak bertukar kepada sesuatu yang semulajadi, Sustained Release Vitamin C dari Shaklee lah jawapannya. Sebotol Vitamin C ini mengandungi 180 biji (RM 92). Dan ia mampu bertahan selama 6 bulan. Jimat ke jimat?

Bulan ini (Jun 2015) ada promosi tau.BELI 6 PERCUMA 1 & BELI 2 DISKAUN 5%.

Harga memang sangat – sangat JIMAT & MURAH.Nak beli sebotol pun boleh

Eyda Sukiman

SID 892528

Sms/Whatsapp 01112909545

Pages : Nutrisisihat.com

 

Kombinasi Vitamin Untuk Kulit Cantik dan Gebu

Setiap wanita mengimpikan kulit yang cantik dan gebu. Sebaik-baik kecantikan adalah lahir dari dalam selain dari luaran. Mari kita kenali kombinasi vitamin yang boleh membantu kita mencantikkan kulit anda bermula dari dalam sehingga luaran.

Suami mana yang tidak bangga sekiranya isterinya sering dipuji oleh rakan-rakan kerana menjaga kecantikan kulit sehingga kelihatan anjal, cantik dan gebu

wpid-lofatudungbaru.jpg

 

Tips Tambahan: Amalan Zikir & Ayat Suci Untuk Cantik Mempesona

Sebelum kita pergi lebih jauh dengan kombinasi vitamin penjagaan untuk kulit cantik, Eyda ingin berkongsi sedikit amalan yang boleh diamalkan kita menurut ajaran Islam.

Petua ini telah disampaikan oleh Ustazah Dato’ Dr Fatma El-Zahra untuk kekal awet muda dan cantik mempesona. Kita boleh amalkan kesemuanya atau memilih mana yang kita mahu. Yang penting istiqomah dalam amalan walaupun sedikit.

Kaedah Pertama:
Amalan ini dilaksanan selepas waktu solat Isya’

1) Tuang segelas air
2) Bacaan Al-Fatihah dengan sempurna
3) Diikuti dengan Ayat Qursi sekali
4) Disudahi dengan Ayat 35-35 dari Surah Al-Waqiah sebanyak 7 kali.
5) Disudahi dengan menghembus lembut ke dalam air dan minum.
6) Niatkan di dalam hati untuk menjaga kecantikan demi kebahagiaan rumahtangga.

Kaedah Kedua:

Alunkan zikir seperti yang tertera di bawah. Niatkan alunan zikir supaya wajah kelihatan berseri dan sihat luar dan dalam.

1) Ya Badiyah sebanyak 1x
2) Ya Nur sebanyak 1x
3) Ya Hadi sebanyak 1x
4) Ya Allah sebanyak 3x

Hembuskan ke tapak tangan dan sapukan ke wajah setiap hari.

Kaedah Ketiga:

Istiqomah dengan membaca ayat-ayat di bawah ini:

1) Setiap kali lepas subuh, bacalah ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah.
2) Sejurus selesai, hembuskan pada air dan minumlah air tersebut.
3) Niatkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam kerana Allah Taala.

Cadangan Kombinasi Vitamin Untuk Kulit Cantik & Gebu

Cadangan Set Kecantikan Kulit Shaklee

Cadangan Set Kecantikan Kulit Shaklee

 

Ia terdiri daripada kombinasi 4 vitamin cantik dan hebat untuk kulit anda kekal cantik dan gebu sehingga menambat hati suami anda seperti baru bercinta!

Kombinasi vitamin cantik tersebut adalah ESP, B-Complex, Vitamin C dan Vitamin E.

Untuk mendapatkan hasil yang lebih mantap, kekal tahan lama dan anti penuaan, ambillah bersama tiga lagi kombinasi vitamin cantik iaitu Vivix, GLA Complex dan Collagen Powder.

Jom Cantik! Jangan tua sebelum waktunya!

Kecantikan dari dalam dengan kombinasi VITAMIN CANTIK! Kombinasi ini juga berfungsi sebagai VITAMIN KESUBURAN.

1) ESP (Soy Protein)

Esp Shaklee

Esp Shaklee

 

√ Sumber protein untuk pembentukan sel-sel kulit. Ianya sangat penting untuk membentuk kolagen pada kulit & berperanan mempercepatkan proses pemulihan pada kulit dan mencerahkan kulit.Melindungi sel-sel dari kerosakan, mengecilkan pori-pori muka.Bertindak sebagai anti oksida, menggantikan sel-sel kulit yang baru.

 

2) Vita E Complex

Vita E Complex

Vita E Complex

√ Anti-Penuaan – 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, jerawat dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.Selain itu berfungsi sebagai penghalang sunburn.Melembapkan kulit yang kering dan kusam.

√ Membaiki Parut – Membaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.Menghilangkan bekas-bekas jerawat dan jeragat.

 

3) Vita C Sustained Released 500mg

Vita C Shaklee

Vita C Shaklee

√ Membentuk Kolagen – Meransang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.Mencerahkan kulit secara semulajadi.

√ Mencantikkan Kulit – Ambil vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

 

4) B Complex

B Complex Shaklee

B Complex Shaklee

√ Untuk mengurangkan tekanan emosi dan kelesuan, nak cantik kita tak boleh stress, nanti nampak tua, so ambil b complex untuk kawal kita punye stress..selain tu b complex juga membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran, mencegah barah serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina, menggalakkan kesihatan system kardiovaskular yang lebih baik dan macam – macam lagi.

 

TESTIMONI PENGGUNA Cadangan Set Kecantikan Kulit Shaklee :

 

Testimoni Cik Wajihah Rashid mengenai Set Kecantikan Kulit Shaklee yang diamalkan beliau.

Testimoni Cik Wajihah Rashid mengenai Set Kecantikan Kulit Shaklee yang diamalkan beliau.

 

“Salam semua :)

saya nak share feedback saya lepas hampir sebulan guna Shaklee vit b complex, vit c dan vit E + omega guard. Mungkin ada yang ckp saya baru 21, so tak perlu makan suplemen tu, ini. Tapi saya sangat concern mengenai kesihatan sebab prevention is better than cure, isn’t? :)
Muka saya jenis combination dan acne prone skin terutamanya kat area dahi. Masa PMS memang stress sebab acne banyak kat area dahi. :( tumbuh bukan main subur, nak hilang memang lama pastu ada tinggal parut. Area pipi pulak kering dan bila saya apply medium coverage foundation, jadi tak rata dan lepas 2 3 jam muka jadi tak best dah.
Alhamdulillah dengan izin Allah, tak sangka nampak kesan dalam masa 2 minggu lepas amalkan Shaklee. PMS bulan ni tak keluar jerawat banyak macam sebelom2 ni, setakat 1-2 tu biasalah kan, yeay! kakak2 pun tegur bila saya lepas pakai foundation, muka nampak glowing dan flawless. :) Padahal pakai medium coverage type foundation je.hihi.
Tapi akhir2 ni keluar rumah cuma pakai sunblock dan jarang dah pakai foundation kecuali ada special event je. Less is more :)gambar kiri masa bulan Feb 2012 dan kanan masa Jun 2012.Mungkin tak banyak changes tapi I’m just sharing :) I’m very happy with my skin now and looking forward to try another Shaklee’s supplements. Thanks to Nadiah Suhaidi for the guidances and advices. :)”

Untuk info lebih lanjut boleh hubungi Eyda ya

Bulan ni ada promosi Vita E Complex & Vita C Shaklee tau.

Sesuai nak buat persediaan sebelum hari raya ni

Eyda Sukiman
SID 892528
Sms/Whatsapp 01112909545
Pages : Nutrisisihat.com

Tips Ibu Hamil & Menyusu Kekal Bertenaga Di Bulan Puasa

Assalamualaikum semua .Malam ni Eyda nak kongsikan tips-tips buat ibu -ibu yang sedang hamil & menyusukan anak ketika berpuasa.Maklumlah,tak lama lagi bulan Ramadhan bakal menjelang tiba.

Eyda pasti ramai juga ibu-ibu yang tengah berkejar nak habiskan puasa ganti kan. Ini termasuklah Eyda sendiri. Hehe..Masih berusaha nak habiskan puasa ganti yang tak seberapa itu.

Tapi tahukah ibu-ibu, dengan berpuasa ini kita dapat mendidik anak-anak kita ini agar menjadi seorang yang patuh kepada agama, taat perintah Allah dan seorang yang sabar. Inbshaa Allah.

Tapi sekiranya tidak larat dan khuatir akan menjejaskan anak, dalam Islam memang ada kelonggaran untuk ibu yang hamil dan menyusukan. Ibu juga boleh mendapatkan nasihat doktor untuk mengetahui tahap kesihatan kedua-dua ibu dan baby.

Jadi, sekadar perkongsian, ini adalah sedikit tips buat ibu-ibu diluar sana. Moga bermanfaat buat semua.

wpid-1433691523025.jpg

1. Menyimpan stok EBM buat Ibu yang menyusu badan.

Sebaiknya ibu membuat persediaan awal beberapa bulan sebelum Ramadhan dengan menyimpan stok EBM sebanyak yang boleh. Ibu yang bekerja sudah tentu memerlukannya tapi buat suri rumah, sebaiknya anda menyimpan stok EBM dari hari ke hari jika khuatir susu tidak cukup buat bayi ketika berpuasa di siang hari. Maksudnya, pump malam untuk kegunaan esok harinya.

wpid-makan-susu-dan-kurma.jpg

2.Makanan Sunnah

Pengambilan makanan sunnah seperti kurma dan susu kambing adalah sangat-sangat digalakkan semasa bersahur dan berbuka.Makan sekurang-kurangnya 7 biji kurma, Inshaa Allah dapat bekalan tenaga yang luar biasa.

3. Makan 3x sehari

Ibu menyusu & sedang hamil amat memerlukan kalori untuk membolehkan tubuh ibu menghasilkan susu & kekal bertenaga. Jadi pastikan makan cukup 3x sehari (sahur, buka puasa dan sebelum tidur). Di antara waktu berbuka dan tidur, kerapkan makan dalam kuantiti sedikit. Jika takut gemuk, makan snek yang menyihatkan seperti buah, kekacang, biskut oat & lain-lain.

wpid-air-putih.jpg

4.Minuman

Minum air masak sebanyak mungkin dan kurangkan pula pengambilan minuman berkafein seperti teh dan kopi.Ini kerana kafein akan merangsang kita untuk kerap membuang air (diuretic). Jadi secara tidak langsung kita akan mudah terdihidrasi.Eyda biasanya akan pastikan minum air masak 1 liter semasa sahur dan lagi 2 liter selepas berbuka.
Air sangat penting untuk ibu hamil dan menyusukan tau. Kekurangan air pada tubuh kita boleh menyebabkan keguguran kalau terlalu teruk dan susu akan berkurang.

5.Protein

Banyakkan pengambilan makanan yang tinggi protein kerana ia membekalkan tenaga lebih lama kepada kita berbanding karbohidrat.Set Mighty 3 Gems mengandungi protein yang tinggi dan dapat memberikan tenaga sepanjang kita berpuasa.

wpid-eat-your-fiber.jpg

6.Fiber

Perbanyakkan pengambilan makanan berserat tinggi seperti buah-buahan, sayuran dan bijirin kerana ia membantu kita untuk kekal kenyang lebih lama.

7.Gula

Elakkan pengambilan gula atau makanan yang manis terlalu banyak kerana ia akan membuatkan paras gula kita naik dan turun secara mendadak. Ini boleh menyebabkan kita mudah pitam dan pening.Jadi kurangkan makan kuih manis-manis yang banyak terdapat di bazaar Ramadhan nanti.

8.Bertenang, rileks dan positifkan minda

Penyusuan melibatkan 2 hormon utama iaitu Oksitosin dan Prolaktin. Secara umumnya, hisapan bayi/pump menghasilan hormon Prolaktin yang membuatkan kelenjar susu menghasilkan susu.Oksitoson pula menyebabkan otot payudara mengecut dan mengeluarkan susu. Jangan terlalu risau susu tidak cukup sebab stress, kepenatan dan fikiran negatif menghalang penghasilan 2 hormon ini dan secara tidak langsung penghasilan susu terganggu.Bagi ibu hamil pula,elakkan stress kerana ianya boleh menjejaskan tahap kesihatan anda dan juga bayi yang dikandung.Banyakkan berzikir Ya Mateen,Ya Wahhab.In shaa Allah segala urusan akan dipermudahkan.

Semoga ibu-ibu semua sudah bersedia untuk menyambut Ramadhan yang hampir tiba ni. Bukan sekadar pentingkan makanan, amalan kerohanian juga perlu dititik beratkan, In shaa Allah semuanya akan berada dalam keadaan terbaik =)

Berminat untuk mendapatkan konsultasi dari Eyda boleh hubungi Eyda okey .

Eyda Sukiman
SID 892528
Sms/Whatsapp 01112909545
Nutrisisihat.com

Kurus Dengan Selamat & Cepat – Set Shape Up Shaklee

Assalamualaikum semua pembaca Nutrisisihat.com . Apa khabar anda?Harapnya sihatlah sentiasa ya !

Harini nak berceloteh mengenai set yang paling hangat & laku keras sekarang ni iaitu Set Kurus Shaklee @ Set Shape Up.

image

Sekarang ni,Eyda perhatikan RAMAI yang mudah terpengaruh @ terpedaya dengan iklan-iklan produk kurus seperti :

“KURUS DALAM MASA 3HARI !”

“HILANG 10KG DALAM 5HARI”

“KURUS SEAWAL 1 HARI”

Dan bermacam-macam lagi ! Haishlaa..kita tengok pun dah seriau.Ape kandungan dalam tu pun tak tau kan?Entah-entah bukan hilang berat je,dengan tuan-tuan sekali “hilang”.

Mereka hanya ingin kurus dengan cepat, dan tidak cuba memahami konsep atau cara yang betul untuk turunkan berat badan.Terlalu taksub dengan pengaruh iklan yang entah apa-apa.Sudahlah tidak diketahui apa kandungannya.Lulus KKM ke tidak pun tak tahukan?

Seeloknya elakkanlah dari membeli produk-produk sebegini.Tiada UJIAN KLINIKAL,PENGGUNAAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA,SINTETIK dan sebagainya ! .Risau takut nanti nyawa anda melayang.

Dahtu pula,bila dah terrrrambil produk tu berat tak turun-turun,makin naik lah,itulah inilah.Macam macam !

Ini antara komen-komen yang biasa kita dengar …
“Saya pun ambil produk XYZ tapi tak kurus-kurus pun?”

“Kenapa  saya nak amik produk ni, produk XYZ boleh kurus 10kg dalam 1 minggu la…

“Kalau saya boleh kurus dengan diet (tidak makan) sendiri, buat apa saya nak ambil produk ini?”

Dah pulak ! 😂😂  Macam-macam ragam manusia sekarang.Hehe

Okey sini Eyda nak bagitahu,sekiranya hendak turunkan berat badan dengan cara yang betul,anda haruslah mengetahui beberapa perkara  :

1) Faham apakah sebenarnya yang menyebabkan badan kita naik atau kurus dengan cepat.

2) Pengambilan makanan berlemak sebenarnya bukan faktor utama yang menyumbang kepada kegemukan.

3) Faktor terpenting adalah – ketidakseimbangan penggunaan kalori.

image

Apa maksud keseimbangan pengambilan kalori ?

Jumlah kalori yang diambil harus seimbang dengan kalori yang digunakan. Berat badan akan kekal bila kalori masuk sama dengan kalori keluar

(Weight Maintain if Calories In = Calories Out).

Sekiranya kita mengambil makanan atau kalori lebih daripada yang digunakan, ia akan disimpan di dalam badan sebagai lemak simpanan.

Lemak simpananlah yang menjadikan berat kita naik. Di sebaliknya bila kita kurangkan pengambilan kalori atau menambahkan aktiviti fizikal, berat badan kita akan berkurangan.  

Secara ringkasnya, jika anda membakar (burn) lebih banyak daripada yang anda makan, anda akan kehilangan berat badan.Jika anda makan lebih daripada membakar (burn), berat badan anda akan naik.

Oleh itu, jangan sesekali anggap sesuatu program diet atau produk pelangsingan itu magik sebab Ia hanyalah sesuatu cara untuk kita kuruskan badan.

Kenapa ada yang gagal berdiet? 

*Kurang nutrisi kerana kurang makan
*Kadar metabolisma menjadi rendah
*Otot mengecut dan rosak

Kenapa ade yang gagal juga walaupun dah mencuba pelbagai produk kurus?

*Tidak dapat mengikuti cara khusus yang ditetapkan.
*Tidak memahami konsep sebenar untuk mengurangkan berat badan.
*Tidak sabar menunggu hasil.
*Kandungan produk yang tidak selamat

Berat badan mungkin akan menurun sekejap bila kita kehilangan jisim otot.
Jisim otot ‘mengecut’ akan menyebabkan berat badan seolah-olah cepat turun kerana otot lebih berat dan padat daripada lemak.

Kehilangan jisim otot akan menyebabkan pembakaran lemak lebih lambat, dan merendahkan metabolisma.

Kesannya, bila kita dah berhenti mengikuti program diet tersebut, kita mungkin akan mula makan seperti biasa tetapi badan kita sudah tidak membakar kalori seperti dulu. Akhirnya, kita akan lebih gemuk dari sebelumnya!

Justeru itu, cara betul yang akan menurunkan berat badan dengan cepat adalah:

Stabilkan CALORIE IN = CALORIE OUT.

Kurangkan makanan kalori tinggi, makan makanan yang sihat dan bernutrisi dan perbanyakkan bersenam atau melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh

KURUS SECARA SELAMAT & BERKESAN dengan SET SHAPE UP SHAKLEE.

image

1) Cinch Shake Mix

– Membantu anda sentiasa merasa kenyang.
– Mengawal lapar & Meningkatkan tenaga.
– Mengandungi LEUCINE untuk melindungi otot ketika pembakaran lemak berlaku.
– Menganjalkan mana-mana bahagian yang kendur.
– Meningkatkan metabolisme dalam badan anda.

2) Cinch Tea Mix

– Meningkatkan metabolisma.
– Penggalakan Tenaga.
– Membantutkan pembinaan sel-sel lemak.
– Mengurangkan rasa lapar.

3) Herb-Lax

– Mengempiskan perut.
– Merangsang usus untuk proses pembersihan secara lembut.
– Membantu dalam proses penyingkiran toksin/kotoran dalam badan.
– Membersihkan usus,salurah darah,hati dan badan.

4) Lecithin

– Pengemulsi lemak dan kolestrol.
– Menghalang Obesiti
– Membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak.
– Mengaktifkan sel metabolisma.
– Menghalang mendapan lemak.

ADD ON :

5) Alfalfa Complex

– Menyingkirkan lemak & air berlebihan dalam badan.
– Bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol dalam badan.
– Membantu menyelesaikan masalah pencernaan dan penghadaman.
– Menyingkirkan kotoran dalam badan.

6) Omega Guard

– Mengawal rasa lapar.
– Meningkatkan tenaga.
– Membakar lemak-lemak degil.
– Mengawal paras gula dalam darah.
– Menghalang pembentukan lemak.

Kini anda tak perlu risau lagi :) Kerana dengan SET SHAPE UP Shaklee anda pasti berjaya mengurangkan berat badan anda dengan selamat dan berkesan tanpa ada kesan sampingan :).

Tips Khas & Konsultasi Cara untuk mengurangkan berat badan khas untuk customer Eyda :):)

Berminat nak cuba?
Jangan lupa hubungi Eyda ya !

Eyda Sukiman
SID 892528
Sms/Whatsapp 01112909545
Nutrisisihat.com

Merawat Masalah Keputihan

Keputihan merupakan masalah yang sering dihadapi oleh ramai wanita, terutamanya yang sedang melalui fasa kehamilan dan baru lepas bersalin. Sebelum saya kongsikan penyebab keputihan dan cara-cara terbaik dan berkesan untuk merawatnya, tahukah anda apa itu sebenarnya ‘keputihan’?

APA ITU KEPUTIHAN?

Keputihan merupakan cairan lendir yang keluar daripada faraj dan berwarna keputih-putihan dengan sifat-sifat yang pelbagai, bergantung kepada punca masalah tersebut.

JENIS-JENIS KEPUTIHAN & TANDA KEPUTIHAN

1) PUTIH : Lelehan pekat,putih dan tidak menyebabkan kegatalan.Tapi jika sebaliknya itu menandakan jangkitan kulat.

2) JERNIH : Ia petanda kamu sedang ”subur”.

3) JERNIH SERTA CAIR : Ia boleh berlaku pada waktu berbeza dalam kitar kesuburan,dan mungkin keluar lebih banyak selepas senaman berat.

4) KUNING ATAU HIJAU : Ia mungkin petanda jangkitan terutama jika ia pekat dan agak berketul seperti keju,selain berbau busuk.Elok lah berjumpa doktor segera untuk rawatan lanjut..

5) MERAH KEHITAMAN : Boleh berlaku selepas haid,ia mungkin sisa darah haid.

6) ”SPOTTING”/ LELEHAN MERAH : Ia mungkin berlaku disaat kamu sedang subur,ketika peringkat awal kehamilan,atau ketika kamu sedang dalam haid.Jika ia berlaku sepatutnya kamu haid-tapi ia tidak berlaku,maka kamu sebaiknya menjalani ujian kehamilan.

Bagi anda yang mengalami masalah keputihan ini,mesti rasa tidak selesakan?Tambahan pula dengan encik suami.Alahai..menangis tak berlagu lah jawabnya !

Eyda dulu pun pernah ada masalah ini.Memang sangat merimaskan.Alhamdulillah..selepas konsisten mengambil Alfalfa Complex & Garlic Complex,masalah keputihan beransur hilang dan sekarang tiada lagi masalah ini :).

 

Atasi Masalah Keputihan dengan Cadangan Set Keputihan

Atasi Masalah Keputihan dengan Cadangan Set Keputihan

Jom kita lihat fungsi setiap vitamin.

1) ALFALFA COMPLEX

Alfalfa bertindak sebagai agen antikulat yang kuat untuk membunuh kulat candida yang merupakan punca utama keputihan

2) GARLIC COMPLEX

Garlic secara tradisi terkenal dengan sifat anti-oksida dan antikulat yang hebat. Selain daripada itu, ianya membantu meningkatkan imun sistem badan untuk melawan jangkitan kuman.

Antara Perkongsian Pengguna Set Merawat Keputihan Shaklee

Testimoni #1

 

Saya alami keputihan yang agak dahsyat sebab terlalu penat dan stress. Kawan saya syorkan Alfalfa.

Alhamdulillah sekarang keputihan dah kurang sangat.

Testimoni #2

 

Testimoni customer saya. Beliau mengalami keputihan dan bila period, mesti sakit teruk.

Saya cadangkan ambil Alfalfa dan Vitamin E. Alhamdulillah sekarang keputihan hilang, senggugut period pun tiada.

Testimoni #3

 

Alfalfa menghilangkan keputihan – memang completely hilang, takde kesan sampai sekarang

Anda juga boleh mengambil GLA COMPLEX untuk masalah keputihan kerana fungsinya adalah untuk menghalang kulat dari merebak :).

Sekiranya anda berminat untuk mencuba Cadangan Set Merawat Keputihan ini boleh hubungi Eyda ya !

Eyda Sukiman
SID 892528
Sms/Whatsapp 01112909545
Nutrisisihat.com

8 perkara JANGAN LAKUKAN untuk MURAH REZEKI

Assalamualaikum..Sambil-sambil nak tunggu azan Isya’ berkumandang ni sempatlah Eyda nak share dengan korang semua tips murah rezeki yang Eyda ambil dari Tuan Irfan Khairi :)

Jom kita lihat dan baca serta hadamkan !

1) JANGAN kejar harta kebendaan tetapi kejar rezeki yang diberkati. Harta kebendaan mungkin memuaskan diri, tetapi rezeki yang berkat akan memuaskan rohani.

2) JANGAN terlalu ghairah ingin menjadi insan yang berjaya hingga lupakan hukum hakam agama.

3) JANGAN henti mencari ilmu. Perkataan ilmu disebut beratus kali dalam Al Quran. Itulah rahsia murah rezeki yang hakiki!

4) JANGAN bersikap tamak kerana ada bahagian rezeki kita yang punya, tetapi ada bahagian rezeki orang lain punya. Kesemuanya telah ditentukan.

5) JANGAN membazir. Maksud di sini bukan sahaja bazir wang. Tetapi jangan membazir masa juga.

6) JANGAN lupa bersyukur dengan pemberian-Nya walau sekecil mana.

7) JANGAN suka cari kesalahan orang lain, kalau itu yang kita cari, memang kesalahan lah yang kita akan jumpa. Cari salah silap diri dahulu untuk diperbaiki.

8) JANGAN mudah bergaduh sesama suami isteri. Nanti mudah sangat pintu rezeki tertutup.

Kalau suka, apa kata anda share. Suami dan isteri, pastikan share ya sebab point yang #8 AMAT-AMAT PENTING untuk murah rezeki!

Bestkan tips-tipa dari beliau?Benar-benar belaka apa yang dikatakan oleh Tuan Irfan Khairi ni.

Apa lagi,jangan lupa share dan hadamkan ! :)

Semoga kita semua BERJAYA KAYA DUNIA AKHIRAT.

In shaa Allah ameeenn….

Sebarang pertanyaan/order Shaklee boleh hubungi Eyda macam biasa ya.

Eyda Sukiman
SID 892528
Sms/Whatsapp 01112909545
Nutrisisihat.com

Gla Complex Khas buat anda WANITA

Assalamualaikum Semua 😄

Lama tak bersiaran..Harini Eyda kembali ☺☺

Harini kita nak kenal lagi satu produk Shaklee yang sangat mendapat permintaan tinggi di kalangan wanita Malaysia masa kini.

Bersempena dengan Promo Bulan April 2015 sekali lagi nak introduce dan ceritakan secara ringkas apa itu GLA COMPLEX SHAKLEE.

Jom kita kenal serba sedikit tentang GLA COMPLEX ini 😄

Apakah GLA ?

GLA (Asid Linolenik Gama) sesuatu yang tidak asing lagi dikalangan wanita. GLA kebiasaanya digunakan untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan.

GLA ialah sejenis Asid Lemak Omega-6 yang diperlukan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin. Prostaglandin ni sejenis bahan menyerupai hormon yang berkesan mambantu badan mengawal atur proses-proses badan yang normal.

image

Apa yang terkandung dalam GLA Complex Shaklee?

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

image

Bagaimana GLA Complex Shaklee berfungsi?

Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *

image

Apakah kelebihan mengambil GLA Complex Shaklee?

1.Herba tradisi dan semulajadi yang dipercayai – Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Ia dipercayai berkesan merawat ulser, mengeluarkan virus,melegakan kelesuan,membersihkan kahak, mengurangkan kebas urat saraf serta membantu meningkatkan stamina.

2.Mengawal paras hormon estrogen dan testostron – GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan mood swing dan sakit payudara.

3.Melambatkan menopause – Membantu wanita untuk menghadapi simptom dan
kesan menopause seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, tekanan.Pengambilan jangka
masa panjang akan melambatkan proses penuaan, mengetatkan uterus, dan awet muda.

4.Memperbaiki prostatomegaly – GLA membantu memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.

5.Membantu untuk menentang kanser – GLA adalah anti oksidan yang meningkatkan sistem imun badan, menghalang pertumbuhan sel kanser dan sel tumor.

6.Memperbaiki inflamasi kulit – mengurangkan inflamasi kulit, eczema, allergy, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea dan penyakit kurap. Juga membantu meringankan sakit dan bengkak akibat rheumatisma dan artritis.

7.Menghalang kompilasi diabetes – Merendahkan paras gula dalam darah, berkesan untuk diebetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh kandungan gula dalam darah yang tinggi.

8.Pelangsingan dan menghalang pertambahan berat badan – Merendahkan kolestrol LDL, memberi
tona sekata pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat-peringkat untuk mencapai bentuk
badan yang cantik.

9.Menghalang tekanan darah tinggi – Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelakkan masalah jantung seperti Arteriosclerosis dan Heart attack (Myocardial infarction).

10.Memperbaiki tekstur rambut – Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.

11.Hiperaktif dan Autisme (ADD /ADHD) – Dibukti secara berkesan dan klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki kanak-kanak yang autisma, sukar beri tumpuan belajar dan juga hyperaktif.

image

Apakah perbezaan antara GLA dan EPO?

Evening Primerose Oil (EPO) adalah begitu sinonim dikalangan wanita. Terdapat beberapa perbezaan ketara antara GLA Shaklee dan EPO. Anda boleh baca lebih lanjut di link berikut: BEZA GLA SHAKLEE DAN EPO

Bagaimana nak dapatkan GLA Complex Shaklee?

Setiap botol GLA Complex Shaklee mengandungi 60 kapsul dan berharga hanya RM92

Klik butang dibawah utk pembelian direct dari kad debit @ kad kredit anda sekarang ! :):)

*tiada caj tambahan akan dikenakan pada kad debit/kredit anda.Jangan risau :)

image

Atau boleh direct hubungi Eyda di

Eyda Sukiman
SID 892528
Sms/Whatsapp 01112909545
Nutrisisihat.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...